Wednesday, December 30, 2009

Percutian 2009

~Assalamualaikum sahabat2 ku,dah lama xupdate blog ni,nak berkongsi cerita dgn sahabat-sahabat ana setelah selamat pulang dari Langkawi..alhamdulillah utlah yg sangat menggembirakan bersama usrah ana..banyak tempat yg dikunjungi selama 4 hari di sana,asif ana xsempat nak upload gambar..setibanya disana ukhti fajrina datang ambil,rehat dan solat kemudian meneruskan destinasi ke Underwater world..banyak hidupan2 laut di sana,(banyak makan selama 4 hari disana..huhu)hari berikutnya naik cable car dgn usrah ana,ana mmg suka tempat tinggi2 ni,suasana agak meriah sebab ramai org dan terpaksa tnggu lama..kemudian beralih ke round Island..naik bot ramai2 satu family ana,sempat ke Pulau Dayang Bunting,kemudian ke Pulau Beras Basah..keesokkan hari ana berkunjung ke wild life,dkt sini mengenal Hidupan Liar,pengalaman pertama kat sini ana dukung ular..huhu..mula2 ada rasa takot tapi bila lama pegang macam dah biasa..huhu..setakat ini sahaja sempat ana coretkan,InsyaAllah esok akan bertolak ke Kelantan,sebelum itu semalam sempat menghadiri Forum Perdana di bawah rumah ana,Alhamdulillah sangat mendapat sambutan..dan apa yg disampaikan sangat terkesan kepada kita semoga sama-sama kita memuhasabahkan diri.InsyaAllah.~

Sunday, December 20, 2009

Perjuangan!!



Assalamualaikum..kebelakangan ni ana jarang online,byk walimah huhu..semalam dah ada 2 walimah,semoga dipercepatkan jodoh ana..hehehe(gurau je)..di kesempatan ini ana nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H..semoga tahun baru ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan sentiasa hidup dalam Keredhaan Allah S.W.T,..ana ingin terus berjuang untuk menambah ilmu,menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..semoga dapat memperbaiki kelemahan diri,ana juga bersyukur kpd Allah S.W.T krn dikurniakan keluarga yang bahagia sahabat2 yg sentiasa membantu dalam susah dan dikongsi kesenangan bersama..ukhwah Fillah abadab abada..sama-samalah berjuang di jalan Allah..

Tuesday, December 15, 2009

Love For Allah

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[An Nur: 26]

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Fussilat:36]

Sunday, December 13, 2009

Utlah Sai'dah..

Assalamualaikum,maaf lama xupdate,utlah ni ana banyak program sikit,ramai saudara datang,g jalan2 dgn usrah,baca novel..hmm pd 10hb artu result exam dah keluar,alhamdulillah bersyukur pada Allah S.W.T,ana dapat apa yg mampu ana lakukan..InsyaAllah 24th disember planning nak g Langkawi dengan usrah..serta ziarah ukthi fajrina dekat sana..dah xlama dah cti ni sem baru akan bermula.semoga sentiasa tabahkan hati dalam menghadapi segala ujian daripada Allah S.W.T..by the way bila tgk crta jepun One Litre Of Tears yg sedih kisahnya ni amik sikit kata2 dari Aya..

"Instead of trying hard by what made you change,you should try hard by what is left."

Monday, December 7, 2009

My Precious Moment

~Assalamualaikum,today me with omma n halmunee went to kompleks kebajikan masyarakat penyayang xsilap ana,bersama insan istimewa my uncle for OKU.Really enjoy it today,i can see a lot of OKU people there,i'm happy today because i can spend more time with my family,it is not difficult eventhough we are different religion,really appreciated this precious moment with na ga gajok,cheongmal chuahe..i really love my uncle and my grandmother,both of you are so nice to me since i was young until now,hope can spend time together in the other days,take care lim joo pen ahjussi,and for my beloved grandma yeong siew yeng.. ~

Sunday, December 6, 2009

Walimah

Assalamualaikum,masa utlah ni la banyak walimah ni,huhu.semalam bersama usrah berangkat ke jitra,kedah.Walimah dua pupu x silap ana,dah belasan tahun tak pergi so x berapa kenal,ana ucapkan selamat pengantin baru..ada dua walimah semalam,agak keletihan walaupun bukan ana yg bawa kereta..bila pulak walimah sahabat2 ana ni??

Hari ni abi angkat berangkat ke Kuala Lumpur untuk tugasan kerja,mungkin balik pada hari selasa,semoga segalanya berjalan lancar..Alhamdulillah sudah habis membaca buku Rabiatul Adawiyah,sekarang melangkah ke buku lafaz-lafaz cinta karya Hadi S.Khuli..

Thursday, December 3, 2009

Rabiatul Adawiyah..

Rabiatul Adawiyah merupakan pencinta agung yang mencari cinta Ilahi.Tidak mungkin bagi seseorang dapat mencapai tahap paling tinggi untuk memiliki keredhaan Allah s.w.t.Namun baginya cinta terhadap Yang Maha Pengasih melebihi segalanya.Bukanlah kerana dia mendambakan syurga atau neraka malah semua itu tidak menghantui kehidupannya.

Segala pergerakan dalam kehidupannya adalah berupa persembahan atas nama cinta dan kasihnya pada keagungan Yang Maha Suci.Dalam hatinya,seluruh pengabdiannya semata-mata dilakukan untuk Yang Maha Kuasa.Bukan untuk orang lain.

Keikhlasan cintanya pada Yang Maha Penyayang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita pada zamannya hinggalah kini.Rabiah Al-Adawiyah bukanlah sekadar lagenda yang cukup untuk dibaca.Dia juga merupakan keindahan anugerah yang pernah diberikan oleh Maha Pencipta untuk umat manusia.

"Sesungguhnya,cinta Maha Agung menjadikan semua pencinta berjaga sepanjang malam tanpa tidur dan makan.

"Wahai Kekasih,jika engkau seoarang pencinta,jadilah seperti lilin di malam hari,membara dalam ketenangan hingga menjelang pagi."
~Rabiatul Adawiyah~

Wednesday, December 2, 2009

You Came to Me

You came to me
In that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me
Took my breath away
Showed me the right way
The way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want
Is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want
Is to be with you

You came to me
In a time of despair
I called on you, you were there
Without You
What would my life mean?
To not know the unseen,
The worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want
Is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want
Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want
Is to be with you..

Tuesday, December 1, 2009

Nippon Language..

~Assalamualaikum minna-san,watashi no namae Nuru Suburina desu,Pulau Pinang karahimashita.UiTM no gakusei des,ohaya gozaimas minna-san..ganbate kuddasai!!,shitsurei shimasu..huhu semalam masa buka laman iluvislam ada thread belajar bahasa jepun..huhu dapat gak sedikit ilmu..adigato gozaimas minna-san yang berkongsi ilmu,kyoomi no aru..bahasa korea dah ada sikit ilmu..gomapta..na cheongmal chua kachi kongbu haja..yeoreo gagiero gomawa na chingu..syaftu thani..annyeonghi gaseyo..

teringat lak ada perumpamaan jepun yg dioarang kongsi terutama utk wanita..hehe:
~kirei no hana ni wa toge ga arimasu~
(bunga yang cantik ada durinya)

Monday, November 30, 2009

Bgoshposo Siti Onni

~Assalamualaikum,al-yaum pukul 10 pg berkejar-kejaran ke terminal bus sg.nibong nak hantar akak nek bus pkul 10.30,lambat pn xpa krn noona ckp dkat ja..bgoshposo noona,aja2 fighting for your exam,xda peneman di rumah yg sentiasa menemani ana..tinggal berempat di rumah bersama abi,umi dan adik..skrg dalam proses membaca buku Rabiatul Adawiyah,bgitu tertarik membaca buku ni,menyentuh jiwa..bagaimana perjalanan hidup seorang wanita yang penuh cabaran dan dugaan dihadapi dgn rasa cinta kpd Allah s.w.t..~

Firman Allah S.W.T yg bermaksud:
"Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.Itulah kejayaan yang paling besar."
(Q.s:Al-Maidah:119)

Sunday, November 29, 2009

~Cuti-Cuti Penang~

Assalamualaikum,hari ni dlm kul 2ptg keluar ke bukit jambul seorang diri..huhu sgt berani untuk mencari buku,lbih kurang 2.10 sampai disana terus masuk n cari kedai popular utk cari buku,tp bku yg nk dcari takde,sedih sdikit tp ,meluangkan masa di kedai buku hampir 50 minit...akhirnya membuat keputusan utk beli buku lain yg brtajuk lafaz-lafaz cinta pengarang bestseller indonesia dan buku Rabiatul Adawiyah,buku yg kedua ni yg menarik minat utk ana beli,..then terus pergi ke bj mart beli handwash utk mak guna..didapati ramai warga asing di sini mcm dah dok kat tempat laen..naik 'bosu' kuning iaitu pengangkutan awam yg lebih jimat 0.40 sen dari Rapid Penang..lama dah xjalan sorang2 ni,naik bus lak mengingatkan masa skolah dulu..malam ni mak ana ajak pergi pesta penang yg terletak sebelah kanan rumah lbeh kurang 3 minit ke sana..mgkin jalan kaki as usual ja..itu saja rasanya ana nk kongsi..salam..

p/s:Seronok kwn ana d mesir banyak open house,Raya di sana pn meriah..

Friday, November 27, 2009

Mencari Buku..

Salam Eiduladha..
Assalamualaikum,salam aidiladha ana ucapkan kpd semua pegunjung blog ana dan seluruh umat islam,Hari yang penuh kemuliaan untuk kita renungi pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga anaknya serta isterinya..berkorban krn Allah S.W.T..

~Mencari buku~
Ana dalam proses mencari buku pemilik cintaku selepas Allah & Rasul,baru2 ni suruh akak tlg carikan,em akak x jumpa lg buku ni,esk ana ingat nak keluar mencari buku ni,selain tu ana nak cari buku ketika cinta bertasbih,ukhti Hidayah dah beli dah buku ni..tapi kena tgk kpd yg lebih ana perlu dulu,InsyaAllah jika ada fulus yg cukup ana beli,..untuk habibati di Mesir,ana rindu juga dkt anti lama dah x berjumpa..kurom,annyeonghi gaseyo na chingu..sekarang ni ada gak la tgk cita korea..huhu..ara2,salam ukhuwwah..

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..

Assalamaualaikum kpd semua sahabat2 ana dan seluruh umat islam,ana nak ucpkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ghadan..Semoga segala sesuatu yg dilakukan mendorong kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran..berkumpul semula dgn usrah adalah saat membahagiakan..cheongmal saranghaeyo na gajok..slam sayang untuk sahabat di Mesir dan semua sahabat2 ana..

Wednesday, November 25, 2009

Unic:Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapanSaat ku meragukan keampunan
TuhanKau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hatiYang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan..

(Lagu ini ditujukan khas utk sahabat istimewa Fadzilah Fashihah,serta sahabat2 yg lain)

Tuesday, November 24, 2009

Keutamaan Menjaga Kesucian Dalam CINTA

Oh Teman!,
Hindari dirimu dari permainan dan kesia-siaan,
Jaga kesucianmu dalam cinta dan kasih,
Kenikamatan sesaat jgn kau jadikan tujuan,
Keindahan sementara jgn kau damba-dambakan,
Saatnya kini,kita bangkit dan sedar diri,
Bersihkan segala penyakit karat dari hati,
Jua segala cacat dan maksiat yg melalaikan,
Takutlah di hari,yg tiada luput dari ilahi,
Oh jiwa!
Bangkit dan siapkan dirimu untuk hari depan,
Hindari nafsu yg membuat dirimu lupa daratan,
Bergegaslah menuju keselamatan,
Berjuang,berjuang,dan berjuanglah,
Agar kau selamat dari azab yg membinasakan,
Raih kemenangan hakiki di negeri keabadian,
Selamatkan dirimu dari api yang menyengsarakan,
Oh dikau!,
Yang suka bermain-main di dunia ini,
Ingatlah!kehidupan dunia takkan abadi,
Tak cukupkah bagimu segala wejangan,
Hingga kau habiskan waktumu dalam permainan,
Negeri yang fana ini segeralah kau tinggalkan,
Kerana kenikmatannya tak lebih dari permainan,
Tiada yang abadi dlm kenikmatan dunia,
Semua akan sirna apabila waktunya tiba,
Yang mengenali-Nya,ia tahu keagungan-Nya,
Berbeza negeri abadi dengan negeri fana,
Berbeza takwa hakiki dengan takwa pura-pura,
Si fasik berbeza dgn yang takwa,
Si jujur berbeza pembohong setia,
Sungguh,Allah telah perintahkan kita,
Taat pada-Nya jauhi hawa nafsu durjana,
Oh,banyak nian org hancurkan diri,
Dengan gelimang dosa dan kemalasan sejati,
Bagaimana boleh seperti ini,
Padahal dulu ia dikenali lurus,jauh dari api.

Monday, November 23, 2009

AL-RAUUF(YANG MAHA PENGASIH)

Assalamualaikum kpd sahabat2 ana.,maaf ana lama xupdate blog ini baru hari ini dapat dbuka..ana nak berkongsi sesuatu iaitu mengenai Al-Rauuf iaitu Asmaul Husna yg ke 83 yg bermaksud Tuhan Yang Maha Kasihan Belas.Kenalilah sifat Allah yang maha memberi kasih,bersimpati,bertimbangrasa dan sbgnya..Oleh itu kita sebagai hamba-Nya tidak boleh berputus asa daripada mengharap rahmat-Nya serta pengampunan-Nya..semasa hidup di dunia ini kita perlu bersimpati sesama manusia,masalah yang dihadapi org lain dianggap seperti masalah sendiri.Kita juga perlu bersangka baik terhadap org lain..Yang digalakkan oleh Islam ialah bersikap merendah diri,kerana jika kita meninggi diri bererti kita bersifat takbur.Semoga utlah ini dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat dan semoga mendapat keberkatan drpd Allah S.W.T...

Thursday, November 12, 2009

MENGHITUNG HARI...

Assalamualaikum..hari menghitung hari tinggal lagi 1 paper utk final..InsyAllah ahad ni ana arji'u ilaa qaryati..semoga smua sahabat2 ana berjaya dunia dan akirat..Bittaufik wanajah!! Doakan kejayaan bersama..rindu pd sahabat di MESIR..semoga anti sihat di sana.tdak lupa juga pada kak muneerah di Shah Alam,semoga dapat bertemu smua sahabat ana yg lma x berjumpa..selamat bercuti..

Monday, October 19, 2009

MAJLIS HARI RAYA

Assalmualaikum..hari ni adalah 19/10/2009 bersamaan dgn 30 syawal akan diadakan majlis hari raya di Uitm machang..pelbagai juadah disediakan serta byk persembahan menanti bertempat di medan ilmu..majlis bermula pada pukul 8.00 mlm ini..jemput2 la mkn..huhu..aja2 fghting 4 final..salam pghbisan syawal..smga hdup diredhai Allah..test menanti hri ni,esk dan hari berikutnya..

Saturday, October 17, 2009

HAENG UNEUL-BIREOYO 4 FINAL


Assalamualaikum..maaf sahabat2 ku agak lama ana x update blog ini krna byk kerja utk dlakukan..Alhamdulillah baru shja siap lakonan utk arabic language..minggu terkahir ni lg byk tugasan,ada presentation,test,quiz dan sbgainya..smga smuanya berjalan dgn lancar..amin..


Ana ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan final yg bakal menjelma..paper 1st ana pada 30hb ni,dan paper last pada 14 hb ni..


Tuesday, October 6, 2009

Haflah Eidulfitri JPPIH..

Assalamualaikum,baru2 ni JPPIH adakn majlis hari raya bertempat di pusat islam..berada seawal 8 pagi menunggu sahabat2 lain utk bakar ayam(lapar dah masa tu)..alhmadulillah program membakar ayam bemula kira2jam 9.30..program mendapat sambutan drpd semua ahli jppih..syukran krn hadir dan memberi kerjasama..makanan enak disediakan antaranya ialah bihun,kuih raya,kek dan ayam..tidak lupa juga pd Ustaz Miqdad krn hadir memeriahkan haflah dan memberikan nasihat yg membina,InsyaAllah sama2 lah kita ambil iktibar..trma kasih kpd sahabat p.i juga..dapat seonmul haritu..

~Hari Demi Hari~
Hari demi hari makin busy sdikit itu yg xdapat nk update blog ni..maaf2..final dah nk hampir,so byk la kerjanya,baru shja menyiapkan skrip utk lakonan arab..Doakan smga semua berjalan lancar,.hari khamis,jumaat n sabtu terpaksa bercamping walaupun hati x rela utk sem 3 ni..smoga dapat hbis awal kem kali ini walaupun hanya di medan ilmu..akhir kata,selamat menghadapi peperiksaan..him nae ja!!aja2 fighting,haeng uneul-bireoyo..saranghae na chingu..Muwaffaq,InsyaAllah..

Monday, September 28, 2009

Fil jami'ah

~Anak buah tersayang~





















Assalamualaikum..akhirnya kembali ke universiti teknologi mara setelah sekian lama bercuti,berat hati nk balik semalam,tp apakan daya byk urusan lg di universiti..semalam sempat makan bersama usrah di astaka taman tun sardon..kenangan bersama setelah lama x mkn skali..rasanya cm sekejap je dok umah..cheongmal bogoshpo na gajok..saranghae..terasa sedih bila bersalaman bersama abah n mak,serta akak n adik tercinta,jgn nakal2..InsyaAllah ba'da shahru ana pulang lg ila qaryati..


~precious moments at home~



Antara kenangan manis masa raya d rumah artu adalah kedatangan anak buah tersayang..walaupun anak spupu tp sgt bhgia la,..bdak yg diatas tu namanya darwisy,sgt suka pada sesiapa yg bleh bwa g jalan2..sampaikan peluk ana x lepas..sukanya bdak ni..manja rupa2nya..1st tme juga smbut bsday bersama usrah kecuali akak n abah je xda,bkn smbut meriah2,skadar makan bersama..na cheongmal chuahe..hehe..bila agaknya bleh kmpul n makan lagi ye??kenangan makan bersama maksu n paksu juga xdlupakan,maksu belanja makan di ICO donuts..xslap ejaannye cm2..laziz..syukran jazilan..juga xlupa pda kawan2 krn dapat gak keluar bersama makan di q.bay mall..smga dapat jmpa lg..yereo gagiero gomawo 4 na chngu..salam..














Thursday, September 24, 2009

Eidulfitri wa Eid miladi..

Assalamualaykum..kaifahaluk??kaifa eidulfitri??alhamdulillah eidulfitri kali ni saidah..rmai saudara yg pulang dan byk juga duit raya nya..hehe..hari raya pertama di rumah tok krn ramai saudara pulang..sempat ke rumah tok cna ziarah sebentar..hari raya kedua mkn nasi tomato..mashisseyo..laziz..umm raya ke3 hari jadi ana,bersama usrah ke quuensbaymall mkn bersama..syukran 4 spending time together..na cheongmal chua na gajok..saranghae..kakak pulang ke langkawi msa raya ke2 krn raya ke 3 dah kerja..bersabar la ya..smga terus sukses..muwaffaq,InsyaAllah..syukran 4 semua sahabat yg wish bsday kt ana..rmai x terkata..akhir kata..Selamat Hari Raya Eidulfitri..

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Eidulfitri..

Selamat Hari Raya Eidulfitri,Maaf Zahir dan Batin..maaf jika ada salah dan silap kpd smua sahabat ana..dikongsi sdkit sunnah Rasulullah s.a.w dlm menyambut Eidulfitri..pertamanya Rasulullah s.a.w akan mandi dgn bersih,kemudian memakai pakaian yg terbaik yg ada,mengenakan minyak wangi yg paling wangi,sebelum ke masjid beliau akan menjamah tamar dlm bentuk ganjil,kmdian ke padang atau ke musolla..lebih afdal menunaikan solat di padang,membawa seluruh ahli keluarga mahupun yg uzur bersama untuk mengaminkan doa org islam,pergi melalui jalan yg lain dan pulang melalui jalan yg lain..

Wednesday, September 9, 2009

HAFLAH KHATAM AL-QURAN..

09 Ailul 2009

Assalamualaykum..alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kita dapat bertemu lg dlm blog ana ni..bersyukur juga kpd Allah krn telah memberi kesihatan dan nikmat serta dapat menjalankan ibadah di bulan puasa ni..


Alhamdulillah tadarus al-Quran telah berjalan lancar,InsyaAllah malam ni akn diadakn majlis khatam Al-Quran di pusat islam, selepas solat terawih.Program ini terdiri drpd skuad imam dan bilal seramai 10 orang,Baittut Tolabah THO seramai 5 org dan pelajar kolej D.O seramai 5 org aidhan..Program ini juga diadakan utk memberi sijil penghargaan pd skuad imam dan bilal muda..semoga skuad imam dan bilal muda dapat memainkan peranan sbg imam bkn shj pd shahru Ramadhan malah pd bulan lain..

Syukran jazilan ya sodiqoti..
Ana ingin mengucapkan terima kasih kpd sahabat yg menyertai tadarus al-Quran dari awal ramadhan hingga la ke hari2 berikutnya..syukran li ta'wunikum..fi amanillah..

Wednesday, September 2, 2009

12 Ramadhan..2hb september..

Assalamualaykum..hari2 berlalu dah lebih smingu umat islam berpuasa..walaupun sibuk dgn assgnment,test dan sbgnya,kita tetap tdak lupa untuk solat terawih bersama..alhmadulillah setakat ini tadarus Al-Quran masih berjalan lancar walaupun bilangan yg bertadarus makin sedikit..syukran bg shabat2 yg masih meneruskan perjuangan ini..smga Allah sentiasa memberkati khidupan anda..InsyaAllah..

Yaumul arbia'a..
Hari ini merupakan detik2 manis..majlis berbuka puasa bersama celcom diadakan di baitut tolibah(Tho)..ana pun xbrapa tahu secara mendalam sgt..mungkin program ini merapatkan lg ukhuwwah antara semua pengguna celcom..jayyid utk celcom buat program begini..saat membahagiakn dapat juga bercakap dgn Dato' pengarah kampus..sgt prihatin terhadap semua mahasiswa dan mahasisiwi..bisalah bila time mknan berebut la semuanya..

Salam syg buat sahabatku..wahastuni awi..Fadzilah Fashihah Mohd Fadzil..
Hari ni 'id al-milad' sahabat ana yg paling dirindui..wahastuni awi..smga anti sentiasa sihat..ana doakan najah dunia dan akhirat..syukran 4 being my friend sejak tgkatan 2 sehingga sekarang..smga sukses di Mesir..jd doktor terbaik..nti bleh rawat ana..

Sunday, August 16, 2009

Aku Terima Nikahnya 2

Assalamualaikum..kaifahaluk sahabat2 semua..harap semuanya sihat..ana nk kongsi sdikit mngenai buku yg ana pnjam dari saudari shakirah..dia ada bg ana pnjam buku karya Hasrizal Abdul Jamil atau dkenali sbg saiful islam .com..ana pnjam buku yg bertajuk Aku Terima Nikahnya dan Rindu Bau Pohon Tin..ana masih lg membaca buku aku trima nkahnya 2 iaitu bercinta sampai ke syurga..stakat ini ana sdikit tersentuh dgn kisah dan pengorbanan ibu bapa kita..Ingatlah jgn sesekali mnjd ank derhaka..sebaik mana,seburuk mana,sebusuk mana mereka adalah ibu bapa yg pling berjasa..mnjdi kewajipan kita mentaati mereka bkn utk membalas jasa ttp Allah telah mewajibkan kpd kita..wahastuni ya ummi..Smga ummi sntiasa memaafkan ana bgtu juga abah..tak terhitung dosa ku pd mereka..ana ptik sdikit mksd dlm ayat al-Quran yg bermaksud..

"Dan hendaklah engkau merendah diri kpd keduanya kerana belas kasihan dan kasih sygmu,dan doakanlah(utk mereka,dgn berkata):'Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kpd mereka berdua sbgaimna mereka telah mencurahkan kasih sygnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.' "
(Al-Isra':24)

Kemaafan yang kudambakan..apakah permohonan maaf itu suatu permohonan,atau sekadar kalam tanpa makna yg terlafaz sbg adat?

sdikit sbyk yg dapat ana kongsikan..kpd sesiapa yg belum mmbaca cubalah membaca buku ini pasti anda akan merasa apa yg ana rasakan..

Saturday, August 15, 2009

Novel Spiritual Pembangunan Iman

Asslamualaikum..hari ni dgr kata kptsan uitm nk cuti or tdak tp wallahualam la..rasanya tdak..bkn senang nk ttp U ni..,hari ni ana luangkan masa bersama novel yg ana beli..x habis ag bcanya..Novel yg memantapkan iman kita iaitu novel Syahadat cinta karya Taufiqurrahman al-Aziziy..byk manfaatnya buat pembaca..novel ni bknlah kisah cnta seperti novel2 yg kita selalu bca...sebelum ni ana ada bca novel Tahajjud cnta..Alhamdulillah memantapkan iman kita sbg seorang muslim yg mghalang godaan dan nafsu..salah satu novel yg membimbing ana utk menjadikan ana berusaha memusabahkan diri dan mengagungkan cinta kpd Allah..

Ini kisah cinta dan agama.Keduanya bergolak di relung terdalam perasaan dan hati ank muda kota,dalam budaya dan tradisi yg terus bergerak dan kdg kala penuh ktegangan.Mencari cinta dan agama,menerusi novel ini,Taufiqurrajman al-Aziziy mengolah gesekan-gesekan cinta dan pergolakan pemikiran islam dgn latar pesantren(sekolah pondok)yang kian mempesona dlm sastera Indonesia yg mutakhir.
-Jamal D.Rahman,Pemred majalah Sastra Horison Jakarta-

Monday, July 27, 2009

Solat Hajat Awal Semester










Assalamualaikum,..ini adalah gmbar2 program solat hajat awal semester dan forum menyingkap rahsia isra' mikraj yg telah berlangsung pada 21 julai SELASA,di medan ilmu Uitm kelantan...seperti semester lepas juga program ini juga diadakan cuma semester ini lebih meriah krn dijalankan di Medan Ilmu kerana bilangan pelajar yg terlalu ramai..Program ini juga diadakan sempena Isra' Mikraj yg dibarisi ahli panel utama iaitu Ustazah Rokiah,Ustaz Affendi dan juga Usatz Hussaini..Alhamdulillah program berjalan lancar..ana sebagai setiausaha program
ini dan ini merupakan kali pertama ana jd setiausaha program..pengalaman manis..Ahmad Zamharir selaku ketua projek,saudari Athirah sbg timbalan dan ramai lg exco JPPIH yg terlibat dlm program ini..Gambar seterusnya merupakan saudara Helmi sbg bendahari juga pengerusi majlis program..agak menggigil krn last minute baru testing bercakap..Seterusnya gambar mahasiswa yg telah siap sedia menanti Azan maghrib berkumandang..Gambar seterusnyamerupakan pelajar atau imam yg dikenali saudara Ammar yg khusyuk mengalunkan zikir..Alhamdulillah sejuk hati dgr..seterusnya gmbar mahasiswi yg hadir membetulkan arah kiblat..dan gambar terakhir
ialah YDP MPP x lain x bukan saudara Shaik Azman yg tiba awal..semasa forum berlangsung hujan lebat turun..pelajar2 telah mengemas dan pulang..ana sempat menjalankan tugas memberi kupon kpd pelajar walaupun terpaksa meredah hujan....Alhamdulillah bersyukur kpd Allah program mendapat sambutan dari pelajar baru dan lama..nantikan program seterusnya..InsyaAllah ana akan pamerkan dlm blog ana..Ana ucapkan selamat dtg pada Pelajar baru..Muwaffaq InsyaAllah..Bittaufik Wanajah..Assalamualaikum..selamat menyertai persatuan JPPIH..Jawatankuasa Pusat

Perkembangan Islam Hadhari..Islam Is the Way Of Life..
"Akhlak Membentuk Mahasiswa Islam"..

"Bila dipuji dengan perubahan jangan sekali-kali berbangga,bila disindir atau dipersenda dengan perubahan jangan sekali-kali terluka..kerana kedua-duanya boleh menggagalkan hijrah hidup"




























Sunday, July 26, 2009

Ya ummi..ya ukhti..

Assalamualaikum..ya ummi..syafakillah..smga cpat smbuh..bgtu jga ya ukhti..smga smua sihat kembali..menunggu kpulangan sahabat ana dari mesir..bla anti nk blik??..wastuni awi2..smga uitm kmbali kpd sediakala..InsyaAllah..

Tuesday, June 30, 2009




















(Bahasa Korea)Kachi Kongbu Haja!!

Annyeong haseyo na chingueyo..Mari kita belajar sdikit demi sdikit..him nae ja..

haksaeng-student
hakgyo-school
kongbu-study
cheongmal-really
bap-nasi
meokeo-eat
mashisseoyo-sedap
neomu-sangat
wae-why
eodi-where
eonje-when
nugu-who
mo-what
eotteoke-how
chip-rumah
ha-neul-sky/heaven
seung-ri-victory
tae-yang-sun
sae-bird
namu-tree
kkot-flower
him nae!-go 4 it.

il-1
ee-2
sam-3
sa-4
00-5
yuk-6
chil-7
pal-8
ku-9
ship-10

aja2..gmawo 4 learning..to be continued next time..i have 2 days more left at home..enjoy it..kamsahamida omma and appa,onni..na jeongmal bghospo sipeoosseyo..saranghae..i will miss "ikan bakar","sotong goreng kunyit","kerang bakar"..and so on..mashisso..chai khara..study hard and stdy smart 4 this new semester..prove it you can do it..aja2 fighting..InsyaAllah..

Allah is He Who created the heavens and the earth and sent down water from the sky,then brought forth with it fruits as a sustenance for you and He has made the ships subservient to you,that they might run their course in the sea by His command,and He has made the rivers subservient to you.(Quran 14:32)

Sunday, June 28, 2009

Hikmah Sujud..
















>Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

>Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

>Melegakan sakit hernia(burut).

>Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

>Melegakan paru-paru dari ketegangan.

>Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

>Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
belakang tubuh.

>Meringankan bahagian pelvis.

>Memberi dorongan supaya mudah tidur.

>Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

>Pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan perjalanan darah
yang baik.

>Bagi wanita pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

>Mengurangkan kegemukan.

>Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.

>Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

>Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Friday, June 26, 2009

Menutup aurat dgn pakaian..




Assalamualaikum..sama2 berkongsi..

Surah Al-A'raf,Ayat 26 bermaksud:

Wahai anak-anak Adam!Sesungguhnya Kami telah menurunkan kpd kamu(bahan-bahan utk)pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yg sebaik-baiknya.Yang demikian itulah dari tanda-tanda(limpah kurnia)Allah(dan rahmatNya kpd hamba-hambaNya)supaya mereka mengenangya(dan bersyukur).

Ayat 27:
Wahai anak-anak Adam!jgnlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari Syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka:Aurat mereka(yang sebelum itu tertutup).Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dgn keadaan yg kamu tidak dapat melihat mereka.Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bg orang-orang yg tidak beriman.

Thursday, June 25, 2009

Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat..















Assalamualaikum..ana ada sesuatu utk dkongsikan bersama,ana ada beli satu bku yg sgt bgus iaitu buku 'Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat oleh Dr.Akram Ridha..Alhamdulillah buku ini byk melatih ana dan muhasabah diri ana,trutama dlm etika berkaitan dgn lidah..
Seseorang harus menyedari sepenuhnya firman Allah Taala yg bermaksud:

"Tidak ada suatu kata yg di ucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yg selalu bersiap-sedia(mencatat)." (Qaaf:18)

Begitu juga apabila dia berkata sambil berbisik(sembunyi-sembunyi)maka dia harus mengingati firman Allah Taala:
Ertinya:

"Tidak ada pembicaraan rahsia di antara tiga org.melainkan Dialah yg keempatnya.Dan tidak ada lima org,melaikan dialah yang keenamnya.Dan tidak ada yg kurang dari itu atau lebih banyak,melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada."
(Al-Mujidalah:7)
Sementara itu,jka dia memilih utk menyembunyikan ucapannya itu di dalam hati atau tidak mengeluarkannya(dari mulutnya)maka sesungguhnya Allah Taala juga berfirman:
Ertinya:

"Dia mengetahui(pandangan)mata yg khianat dan apa yg tersembunyi di dalam dada..
(Al-mu'min:19)

Ini adalah sdikit ilmu yg dpt ana kongsikan kpd smua muslimah2..sama2 lah kita..mnjga tutur kata,hiasilah akhlak kita..moga2 hidup dberkati Allah..amiin..

Wednesday, June 24, 2009

Him nae ja!!


Belajar bhsa arab dan mandarin..him nae ja..aja2..tak lma dah cti nk abis..nk blik kelate jmpa kwn2..huhu..blajar rajin2 ya..gmawo omma..happy fathers day for my father..saranghaeyo..

Friday, June 12, 2009















Alhamdulillah bersyukur pd Allah..result final dh keluar..Alhamdulillah lulus semua..ana mendoakan semua shbt ana berjaya..amin..lakukan sesuatu amalan dgn ikhlas..
Dari Jabir r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukan amal seseorang yg memasukkannya ke syurga atau melepaskannya ke neraka,termasukjga aku,ttp ialah semata-mata rahmat Allah s.w.t belaka."

Thursday, June 4, 2009















salam..sweet memory wth kak muneerah at shah alam..bgoshposo onni..

Sunday, May 10, 2009



Bukan mudah Ya ALLAH… Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan Keindahan dunia ini menganggu ku Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU Aku runsing Ya ALLAH Aku berlari ke sana dan ke sini Aku mencari dan terus mencari Dimanakah ku tagih cinta Ilahi Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri Sedang aku tidak diuji Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali Andai bisa aku berbicara denganMU Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku Sungguh aku bukan bercakap kosong Inilah keluhan hatiku Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU…. Ampuni aku Ya ALLAH Aku lemah lagi tak bermaya Melawan sesuatu yang digelar fana dunia Aku tak mampu Ya ALLAH, Belenggu ini menghimpit ku… Belenggu ini menghiburkan hatiku Sehingga aku senang denganya Sehingga aku takut kehilanganya Sedang cintaMU itu sangat luar biasa… Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya… Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU Lalu ke manakah langkahku Selayaknya dimanakah tempatku Atas redhaMU ya Rabbi..aku hanya menuruti Andai aku diseksa, kan aku patuhi Asalkan Kau meredhai hidupku ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku, tak kira apa keadaan imanku Sesungguhnya Ya ALLAH, cinta ku hanya milikMU…


Nabi saw bersabda;
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




Persediaan Melayarkan Sebuah Bahtera Kasih
Orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.
Bersedialah dari sekarang, kemantangan anda dinilai, sebelum sebuah bahtera perkahwinan bersedia dilayarkan. Penulis berpandangan isteri beragama yang dimaksudkan Rasulullah saw tidak semestinya diukur dari sudut jurusan ilmu atau bidang pengajian semasa di universiti, tetapi akhlaknya dan sejauh mana amalannya terhadap ilmu-ilmu syariat yang dipelajarinya walaupun sedikit.
Lebih penting hikmah yang diperolehinya setelah amalan dilakukan dengan ikhlas. Disiplin akademik di universiti tidak penting. Mungkin seseorang itu dari bidang sains tetapi luas pembacaannya tentang lapangan ad Din, dan mempelajarinya melalui saluran tepat secara formal atau tidak seperti menghadiri kuliah di masjid, menonton program televisyen berbentuk perbincangan agama, dan sebagainya.
Kita perlu pada anjakan paradigma, sepertimana ditonjolkan oleh baginda saw sebagai seorang suami, terutama dalam menilai sifat agama pada perempuan yang hendak dicari sebagai isteri. Menilai terlebih dahulu dari sudut hati atau batiniah sebelum lahiriah.
Ujian selepas berkahwin
Penulis merasakan ramai sekali isteri yang meminta perhatian dari suami sehinggakan suami terasa rimas dengan sikap ini. Untuk kehidupan rumahtangga yang seimbang, sangat penting dipihak isteri belajar memahami suami dengan meletak diri ditempat suami.
Jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, sebuah kehidupan akan menjadi seimbang. Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.
Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana. Bila dah faham, maka tidak berlakulah isteri dan suami 'bermain kayu tiga', dan menjadi bahana adalah anak-anak.
Sebuah perkahwinan itu memerlukan perkongsian fizikal dan minda dalam erti kata yang sebenar-benarnya, interdependence- saling bergantung- Banyak pasangan suami isteri yang terkandas bila sampai pada bab ni. Perempuan kena belajar untuk mencintai dirinya sendiri, sebelum untuk mencintai suami dan anak-anaknya. Persiapan ini perlu, sebagai persedian awal sebelum berumahtangga. Seorang perempuan memang dalam fatrah masa sepuluh tahun pertama perkahwinan, akan merasa seolah-olah tidak memerlukan kawan perempuan yang lain, sedangkan itulah support yang diperlukan terutama ketika emosi terlalu kuat melanda. Suami tidak dapat menampung kehendak emosi itu. Cuba dekatkan diri dengan teman yang sudah berumahtangga, mungkin usia perkahwinan mereka lebih tua, untuk berkongsi itu, dan ini, sedikit sebanyak dapat mengawal emosi yang membuak-buak.
Merancang masa secara berkala
Pada zaman sekarang suami isteri bekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta. Apabila ini berlaku iaitu suami isteri bekerja, penulis dapati isteri lebih penat daripada suami, kerana selepas balik kerja mereka terpaksa menguruskan rumahtangga.
Kalau ada anak-anak yang masih kecil, penat mereka lagi bertambah. Tiada akses masa yang terancang, untuk diri dan keluarga. Penulis berpendapat sebahagian besar masa dan sudah tentu tenaga telah diragut untuk negara.
Bekerja sampai overtime, lupa untuk menyediakan keperluan untuk isteri, suami, dan anak-anak, terutama kasih sayang. Akibatnya tenaga untuk keluarga, termasuklah pendidikan anak dan juga hubungan intimasi keluarga amat berkurangan dan lesu.
Kadangkala untuk konsisten membaca el Quran dan melakukan solat sunat juga terbengkalai begitu sahaja. Kitab-kitab yang berguna tidak mampu dibaca dan dihabiskan, malahan hampir tiada akses masa untuk memperolehinya.
Dunia Barat telah mengalami lima puluh tahun lebih awal keadaan pekerjaan yang membebankan akibat kurang akses kepada masa bersama keluarga. Akibatnya keruntuhan moral anak-anak menjadi-jadi.
Gejala sosial tidak sihat sudah menjadi lumrah hidup, gara-gara kurang perhatian dari seorang ibu dan bapa. Mereka telah berusaha memperbaiki sistem ‘rat race’ tersebut. Mereka telah belajar dari kesilapan. Pembahagian jumlah kerja dan bilangan tenaga kerja telah dibahagi lebih adil. Kini mereka kembali menikmati masa bersama keluarga dan akses kepada masa rehat dan aktiviti membaca, bersukan atau seni untuk ‘recharged’ minda, fikiran dan perasaan mereka. Nampaknya sistem kita sudah terbalik dan cuba mengulangi kesilapan mereka.
Jika diperbetulkan hubungan intimasi ini, maka rintangan ini juga mudah diperbaiki dengan penuh bertenaga dan segar.

Saturday, May 9, 2009


Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan."

-Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi-


Friday, May 8, 2009


8/05/09
Salam Perkenalan..

Assalamualaikum kpd smua....ana bru shj buat blog ni..jika ada sebarang idea bg thu ana..jgn lupa utk jd sahabat ana dlm blog ni..kepada kakakku saeng il cukahamnida(happy birtday)..mian coz 4got your birthday..na saranghaeyo onni..bogoshippo..haeng uneul bireoyo 4 practical..gambate!!






FINAL EXAM!!!

Sekarang tinggal lg dua paper utk final..doakan kejayaan ana serta sahabat2 ana..smoga berjaya di dunia dan akhirat..amin..



Renungkanlah...


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku inginkan hati-hati yg ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

~Imam As-Syahid Hassan Al-Banna~



"Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar,yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya"


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah,nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya(sebelum sampai ke tempat yang dituju),maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah,Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"..(Qs,An-Nisaa 4:100)

9/05/09
Selamat bercuti...
Ana ucapkan selamat bercuti buat sahabat-sahabat ana yg dah abis final exam..smoga sama-sama beroleh kputusan cemerlang..amin..hiasilah diri dgn iman dan taqwa..ukhuwwah fillah abadan abada..smoga jmpa lg pd next sem...