Oh Teman!,
Hindari dirimu dari permainan dan kesia-siaan,
Jaga kesucianmu dalam cinta dan kasih,
Kenikamatan sesaat jgn kau jadikan tujuan,
Keindahan sementara jgn kau damba-dambakan,
Saatnya kini,kita bangkit dan sedar diri,
Bersihkan segala penyakit karat dari hati,
Jua segala cacat dan maksiat yg melalaikan,
Takutlah di hari,yg tiada luput dari ilahi,
Oh jiwa!
Bangkit dan siapkan dirimu untuk hari depan,
Hindari nafsu yg membuat dirimu lupa daratan,
Bergegaslah menuju keselamatan,
Berjuang,berjuang,dan berjuanglah,
Agar kau selamat dari azab yg membinasakan,
Raih kemenangan hakiki di negeri keabadian,
Selamatkan dirimu dari api yang menyengsarakan,
Oh dikau!,
Yang suka bermain-main di dunia ini,
Ingatlah!kehidupan dunia takkan abadi,
Tak cukupkah bagimu segala wejangan,
Hingga kau habiskan waktumu dalam permainan,
Negeri yang fana ini segeralah kau tinggalkan,
Kerana kenikmatannya tak lebih dari permainan,
Tiada yang abadi dlm kenikmatan dunia,
Semua akan sirna apabila waktunya tiba,
Yang mengenali-Nya,ia tahu keagungan-Nya,
Berbeza negeri abadi dengan negeri fana,
Berbeza takwa hakiki dengan takwa pura-pura,
Si fasik berbeza dgn yang takwa,
Si jujur berbeza pembohong setia,
Sungguh,Allah telah perintahkan kita,
Taat pada-Nya jauhi hawa nafsu durjana,
Oh,banyak nian org hancurkan diri,
Dengan gelimang dosa dan kemalasan sejati,
Bagaimana boleh seperti ini,
Padahal dulu ia dikenali lurus,jauh dari api.
No comments:
Post a Comment