Sunday, May 10, 2009



Bukan mudah Ya ALLAH… Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan Keindahan dunia ini menganggu ku Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU Aku runsing Ya ALLAH Aku berlari ke sana dan ke sini Aku mencari dan terus mencari Dimanakah ku tagih cinta Ilahi Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri Sedang aku tidak diuji Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali Andai bisa aku berbicara denganMU Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku Sungguh aku bukan bercakap kosong Inilah keluhan hatiku Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU…. Ampuni aku Ya ALLAH Aku lemah lagi tak bermaya Melawan sesuatu yang digelar fana dunia Aku tak mampu Ya ALLAH, Belenggu ini menghimpit ku… Belenggu ini menghiburkan hatiku Sehingga aku senang denganya Sehingga aku takut kehilanganya Sedang cintaMU itu sangat luar biasa… Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya… Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU Lalu ke manakah langkahku Selayaknya dimanakah tempatku Atas redhaMU ya Rabbi..aku hanya menuruti Andai aku diseksa, kan aku patuhi Asalkan Kau meredhai hidupku ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku, tak kira apa keadaan imanku Sesungguhnya Ya ALLAH, cinta ku hanya milikMU…


Nabi saw bersabda;
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




Persediaan Melayarkan Sebuah Bahtera Kasih
Orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.
Bersedialah dari sekarang, kemantangan anda dinilai, sebelum sebuah bahtera perkahwinan bersedia dilayarkan. Penulis berpandangan isteri beragama yang dimaksudkan Rasulullah saw tidak semestinya diukur dari sudut jurusan ilmu atau bidang pengajian semasa di universiti, tetapi akhlaknya dan sejauh mana amalannya terhadap ilmu-ilmu syariat yang dipelajarinya walaupun sedikit.
Lebih penting hikmah yang diperolehinya setelah amalan dilakukan dengan ikhlas. Disiplin akademik di universiti tidak penting. Mungkin seseorang itu dari bidang sains tetapi luas pembacaannya tentang lapangan ad Din, dan mempelajarinya melalui saluran tepat secara formal atau tidak seperti menghadiri kuliah di masjid, menonton program televisyen berbentuk perbincangan agama, dan sebagainya.
Kita perlu pada anjakan paradigma, sepertimana ditonjolkan oleh baginda saw sebagai seorang suami, terutama dalam menilai sifat agama pada perempuan yang hendak dicari sebagai isteri. Menilai terlebih dahulu dari sudut hati atau batiniah sebelum lahiriah.
Ujian selepas berkahwin
Penulis merasakan ramai sekali isteri yang meminta perhatian dari suami sehinggakan suami terasa rimas dengan sikap ini. Untuk kehidupan rumahtangga yang seimbang, sangat penting dipihak isteri belajar memahami suami dengan meletak diri ditempat suami.
Jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, sebuah kehidupan akan menjadi seimbang. Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.
Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana. Bila dah faham, maka tidak berlakulah isteri dan suami 'bermain kayu tiga', dan menjadi bahana adalah anak-anak.
Sebuah perkahwinan itu memerlukan perkongsian fizikal dan minda dalam erti kata yang sebenar-benarnya, interdependence- saling bergantung- Banyak pasangan suami isteri yang terkandas bila sampai pada bab ni. Perempuan kena belajar untuk mencintai dirinya sendiri, sebelum untuk mencintai suami dan anak-anaknya. Persiapan ini perlu, sebagai persedian awal sebelum berumahtangga. Seorang perempuan memang dalam fatrah masa sepuluh tahun pertama perkahwinan, akan merasa seolah-olah tidak memerlukan kawan perempuan yang lain, sedangkan itulah support yang diperlukan terutama ketika emosi terlalu kuat melanda. Suami tidak dapat menampung kehendak emosi itu. Cuba dekatkan diri dengan teman yang sudah berumahtangga, mungkin usia perkahwinan mereka lebih tua, untuk berkongsi itu, dan ini, sedikit sebanyak dapat mengawal emosi yang membuak-buak.
Merancang masa secara berkala
Pada zaman sekarang suami isteri bekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta. Apabila ini berlaku iaitu suami isteri bekerja, penulis dapati isteri lebih penat daripada suami, kerana selepas balik kerja mereka terpaksa menguruskan rumahtangga.
Kalau ada anak-anak yang masih kecil, penat mereka lagi bertambah. Tiada akses masa yang terancang, untuk diri dan keluarga. Penulis berpendapat sebahagian besar masa dan sudah tentu tenaga telah diragut untuk negara.
Bekerja sampai overtime, lupa untuk menyediakan keperluan untuk isteri, suami, dan anak-anak, terutama kasih sayang. Akibatnya tenaga untuk keluarga, termasuklah pendidikan anak dan juga hubungan intimasi keluarga amat berkurangan dan lesu.
Kadangkala untuk konsisten membaca el Quran dan melakukan solat sunat juga terbengkalai begitu sahaja. Kitab-kitab yang berguna tidak mampu dibaca dan dihabiskan, malahan hampir tiada akses masa untuk memperolehinya.
Dunia Barat telah mengalami lima puluh tahun lebih awal keadaan pekerjaan yang membebankan akibat kurang akses kepada masa bersama keluarga. Akibatnya keruntuhan moral anak-anak menjadi-jadi.
Gejala sosial tidak sihat sudah menjadi lumrah hidup, gara-gara kurang perhatian dari seorang ibu dan bapa. Mereka telah berusaha memperbaiki sistem ‘rat race’ tersebut. Mereka telah belajar dari kesilapan. Pembahagian jumlah kerja dan bilangan tenaga kerja telah dibahagi lebih adil. Kini mereka kembali menikmati masa bersama keluarga dan akses kepada masa rehat dan aktiviti membaca, bersukan atau seni untuk ‘recharged’ minda, fikiran dan perasaan mereka. Nampaknya sistem kita sudah terbalik dan cuba mengulangi kesilapan mereka.
Jika diperbetulkan hubungan intimasi ini, maka rintangan ini juga mudah diperbaiki dengan penuh bertenaga dan segar.

Saturday, May 9, 2009


Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan."

-Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi-


Friday, May 8, 2009


8/05/09
Salam Perkenalan..

Assalamualaikum kpd smua....ana bru shj buat blog ni..jika ada sebarang idea bg thu ana..jgn lupa utk jd sahabat ana dlm blog ni..kepada kakakku saeng il cukahamnida(happy birtday)..mian coz 4got your birthday..na saranghaeyo onni..bogoshippo..haeng uneul bireoyo 4 practical..gambate!!






FINAL EXAM!!!

Sekarang tinggal lg dua paper utk final..doakan kejayaan ana serta sahabat2 ana..smoga berjaya di dunia dan akhirat..amin..



Renungkanlah...


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku inginkan hati-hati yg ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

~Imam As-Syahid Hassan Al-Banna~



"Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar,yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya"


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah,nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya(sebelum sampai ke tempat yang dituju),maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah,Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"..(Qs,An-Nisaa 4:100)

9/05/09
Selamat bercuti...
Ana ucapkan selamat bercuti buat sahabat-sahabat ana yg dah abis final exam..smoga sama-sama beroleh kputusan cemerlang..amin..hiasilah diri dgn iman dan taqwa..ukhuwwah fillah abadan abada..smoga jmpa lg pd next sem...