Rabiatul Adawiyah merupakan pencinta agung yang mencari cinta Ilahi.Tidak mungkin bagi seseorang dapat mencapai tahap paling tinggi untuk memiliki keredhaan Allah s.w.t.Namun baginya cinta terhadap Yang Maha Pengasih melebihi segalanya.Bukanlah kerana dia mendambakan syurga atau neraka malah semua itu tidak menghantui kehidupannya.
Segala pergerakan dalam kehidupannya adalah berupa persembahan atas nama cinta dan kasihnya pada keagungan Yang Maha Suci.Dalam hatinya,seluruh pengabdiannya semata-mata dilakukan untuk Yang Maha Kuasa.Bukan untuk orang lain.
Keikhlasan cintanya pada Yang Maha Penyayang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita pada zamannya hinggalah kini.Rabiah Al-Adawiyah bukanlah sekadar lagenda yang cukup untuk dibaca.Dia juga merupakan keindahan anugerah yang pernah diberikan oleh Maha Pencipta untuk umat manusia.
"Sesungguhnya,cinta Maha Agung menjadikan semua pencinta berjaga sepanjang malam tanpa tidur dan makan.
"Wahai Kekasih,jika engkau seoarang pencinta,jadilah seperti lilin di malam hari,membara dalam ketenangan hingga menjelang pagi."
~Rabiatul Adawiyah~
No comments:
Post a Comment