Sunday, May 23, 2010

BAGAIMANA HIDUP BERSAMA ALLAH AR-RAHMAN?

Kasih sayang adalah perasaan yang terpancar daripada naluri seseorang.Bagi manusia,kasih sayang akan menjadi pengikat antara mereka dengan sesuatu yang disayangi.Pun begitu,kasih sayang yang ada dalam diri manusia biarpun menggunung,tidak mampu untuk dibandingkan dengan kasih sayang Allah SWT.

1.Saling sayang-menyayngi sesama hamba.

Nabi SAW berpesan,sabdanya;

"Orang yang berkasih sayang,pasti akan mendapat kasih sayang daripada Allah yang Maha Pengasih.Hendaklah kamu sayangi sesiapa sahaja yang berada di bumi,pasti mereka yang ada di langit akan menyayangimu."

HR Abi Daud:4290

2.Suami dan isteri yang mengamalkan solat malam secara berjemaah.

"Apabila seseorang lelaki bangun menunaikan solat malam,lalu membangunkan isterinya seraya kedua-duanya menunaikan solat dua rakaat,pasti mereka berdua akan dituliskan dari kalangan orang yang mengingati Allah."
HR Ibni Majah:1325

3.Menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi SAW:

"Orang yang sering memutuskan hubungan silaturahim tidak akan masuk ke dalam syurga."
HR at-Tarmizi:1832

4.Berbakti kepada kedua ibu bapa.

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:"Wahai Tuhanku,kasihanilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil."

Surah al-Isra':24

5.Solat malam dan membaca al-Quran dengan harapan moga-moga Allah SWT menurunkan rahmat.

No comments:

Post a Comment