Tuesday, June 30, 2009




















(Bahasa Korea)Kachi Kongbu Haja!!

Annyeong haseyo na chingueyo..Mari kita belajar sdikit demi sdikit..him nae ja..

haksaeng-student
hakgyo-school
kongbu-study
cheongmal-really
bap-nasi
meokeo-eat
mashisseoyo-sedap
neomu-sangat
wae-why
eodi-where
eonje-when
nugu-who
mo-what
eotteoke-how
chip-rumah
ha-neul-sky/heaven
seung-ri-victory
tae-yang-sun
sae-bird
namu-tree
kkot-flower
him nae!-go 4 it.

il-1
ee-2
sam-3
sa-4
00-5
yuk-6
chil-7
pal-8
ku-9
ship-10

aja2..gmawo 4 learning..to be continued next time..i have 2 days more left at home..enjoy it..kamsahamida omma and appa,onni..na jeongmal bghospo sipeoosseyo..saranghae..i will miss "ikan bakar","sotong goreng kunyit","kerang bakar"..and so on..mashisso..chai khara..study hard and stdy smart 4 this new semester..prove it you can do it..aja2 fighting..InsyaAllah..

Allah is He Who created the heavens and the earth and sent down water from the sky,then brought forth with it fruits as a sustenance for you and He has made the ships subservient to you,that they might run their course in the sea by His command,and He has made the rivers subservient to you.(Quran 14:32)

Sunday, June 28, 2009

Hikmah Sujud..
















>Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

>Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

>Melegakan sakit hernia(burut).

>Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

>Melegakan paru-paru dari ketegangan.

>Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

>Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
belakang tubuh.

>Meringankan bahagian pelvis.

>Memberi dorongan supaya mudah tidur.

>Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

>Pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan perjalanan darah
yang baik.

>Bagi wanita pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

>Mengurangkan kegemukan.

>Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.

>Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

>Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Friday, June 26, 2009

Menutup aurat dgn pakaian..




Assalamualaikum..sama2 berkongsi..

Surah Al-A'raf,Ayat 26 bermaksud:

Wahai anak-anak Adam!Sesungguhnya Kami telah menurunkan kpd kamu(bahan-bahan utk)pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yg sebaik-baiknya.Yang demikian itulah dari tanda-tanda(limpah kurnia)Allah(dan rahmatNya kpd hamba-hambaNya)supaya mereka mengenangya(dan bersyukur).

Ayat 27:
Wahai anak-anak Adam!jgnlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari Syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka:Aurat mereka(yang sebelum itu tertutup).Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dgn keadaan yg kamu tidak dapat melihat mereka.Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bg orang-orang yg tidak beriman.

Thursday, June 25, 2009

Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat..















Assalamualaikum..ana ada sesuatu utk dkongsikan bersama,ana ada beli satu bku yg sgt bgus iaitu buku 'Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat oleh Dr.Akram Ridha..Alhamdulillah buku ini byk melatih ana dan muhasabah diri ana,trutama dlm etika berkaitan dgn lidah..
Seseorang harus menyedari sepenuhnya firman Allah Taala yg bermaksud:

"Tidak ada suatu kata yg di ucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yg selalu bersiap-sedia(mencatat)." (Qaaf:18)

Begitu juga apabila dia berkata sambil berbisik(sembunyi-sembunyi)maka dia harus mengingati firman Allah Taala:
Ertinya:

"Tidak ada pembicaraan rahsia di antara tiga org.melainkan Dialah yg keempatnya.Dan tidak ada lima org,melaikan dialah yang keenamnya.Dan tidak ada yg kurang dari itu atau lebih banyak,melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada."
(Al-Mujidalah:7)
Sementara itu,jka dia memilih utk menyembunyikan ucapannya itu di dalam hati atau tidak mengeluarkannya(dari mulutnya)maka sesungguhnya Allah Taala juga berfirman:
Ertinya:

"Dia mengetahui(pandangan)mata yg khianat dan apa yg tersembunyi di dalam dada..
(Al-mu'min:19)

Ini adalah sdikit ilmu yg dpt ana kongsikan kpd smua muslimah2..sama2 lah kita..mnjga tutur kata,hiasilah akhlak kita..moga2 hidup dberkati Allah..amiin..

Wednesday, June 24, 2009

Him nae ja!!


Belajar bhsa arab dan mandarin..him nae ja..aja2..tak lma dah cti nk abis..nk blik kelate jmpa kwn2..huhu..blajar rajin2 ya..gmawo omma..happy fathers day for my father..saranghaeyo..

Friday, June 12, 2009















Alhamdulillah bersyukur pd Allah..result final dh keluar..Alhamdulillah lulus semua..ana mendoakan semua shbt ana berjaya..amin..lakukan sesuatu amalan dgn ikhlas..
Dari Jabir r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukan amal seseorang yg memasukkannya ke syurga atau melepaskannya ke neraka,termasukjga aku,ttp ialah semata-mata rahmat Allah s.w.t belaka."

Thursday, June 4, 2009















salam..sweet memory wth kak muneerah at shah alam..bgoshposo onni..

Sunday, May 10, 2009



Bukan mudah Ya ALLAH… Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan Keindahan dunia ini menganggu ku Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU Aku runsing Ya ALLAH Aku berlari ke sana dan ke sini Aku mencari dan terus mencari Dimanakah ku tagih cinta Ilahi Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri Sedang aku tidak diuji Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali Andai bisa aku berbicara denganMU Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku Sungguh aku bukan bercakap kosong Inilah keluhan hatiku Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU…. Ampuni aku Ya ALLAH Aku lemah lagi tak bermaya Melawan sesuatu yang digelar fana dunia Aku tak mampu Ya ALLAH, Belenggu ini menghimpit ku… Belenggu ini menghiburkan hatiku Sehingga aku senang denganya Sehingga aku takut kehilanganya Sedang cintaMU itu sangat luar biasa… Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya… Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU Lalu ke manakah langkahku Selayaknya dimanakah tempatku Atas redhaMU ya Rabbi..aku hanya menuruti Andai aku diseksa, kan aku patuhi Asalkan Kau meredhai hidupku ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku, tak kira apa keadaan imanku Sesungguhnya Ya ALLAH, cinta ku hanya milikMU…


Nabi saw bersabda;
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




Persediaan Melayarkan Sebuah Bahtera Kasih
Orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.
Bersedialah dari sekarang, kemantangan anda dinilai, sebelum sebuah bahtera perkahwinan bersedia dilayarkan. Penulis berpandangan isteri beragama yang dimaksudkan Rasulullah saw tidak semestinya diukur dari sudut jurusan ilmu atau bidang pengajian semasa di universiti, tetapi akhlaknya dan sejauh mana amalannya terhadap ilmu-ilmu syariat yang dipelajarinya walaupun sedikit.
Lebih penting hikmah yang diperolehinya setelah amalan dilakukan dengan ikhlas. Disiplin akademik di universiti tidak penting. Mungkin seseorang itu dari bidang sains tetapi luas pembacaannya tentang lapangan ad Din, dan mempelajarinya melalui saluran tepat secara formal atau tidak seperti menghadiri kuliah di masjid, menonton program televisyen berbentuk perbincangan agama, dan sebagainya.
Kita perlu pada anjakan paradigma, sepertimana ditonjolkan oleh baginda saw sebagai seorang suami, terutama dalam menilai sifat agama pada perempuan yang hendak dicari sebagai isteri. Menilai terlebih dahulu dari sudut hati atau batiniah sebelum lahiriah.
Ujian selepas berkahwin
Penulis merasakan ramai sekali isteri yang meminta perhatian dari suami sehinggakan suami terasa rimas dengan sikap ini. Untuk kehidupan rumahtangga yang seimbang, sangat penting dipihak isteri belajar memahami suami dengan meletak diri ditempat suami.
Jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, sebuah kehidupan akan menjadi seimbang. Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.
Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana. Bila dah faham, maka tidak berlakulah isteri dan suami 'bermain kayu tiga', dan menjadi bahana adalah anak-anak.
Sebuah perkahwinan itu memerlukan perkongsian fizikal dan minda dalam erti kata yang sebenar-benarnya, interdependence- saling bergantung- Banyak pasangan suami isteri yang terkandas bila sampai pada bab ni. Perempuan kena belajar untuk mencintai dirinya sendiri, sebelum untuk mencintai suami dan anak-anaknya. Persiapan ini perlu, sebagai persedian awal sebelum berumahtangga. Seorang perempuan memang dalam fatrah masa sepuluh tahun pertama perkahwinan, akan merasa seolah-olah tidak memerlukan kawan perempuan yang lain, sedangkan itulah support yang diperlukan terutama ketika emosi terlalu kuat melanda. Suami tidak dapat menampung kehendak emosi itu. Cuba dekatkan diri dengan teman yang sudah berumahtangga, mungkin usia perkahwinan mereka lebih tua, untuk berkongsi itu, dan ini, sedikit sebanyak dapat mengawal emosi yang membuak-buak.
Merancang masa secara berkala
Pada zaman sekarang suami isteri bekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta. Apabila ini berlaku iaitu suami isteri bekerja, penulis dapati isteri lebih penat daripada suami, kerana selepas balik kerja mereka terpaksa menguruskan rumahtangga.
Kalau ada anak-anak yang masih kecil, penat mereka lagi bertambah. Tiada akses masa yang terancang, untuk diri dan keluarga. Penulis berpendapat sebahagian besar masa dan sudah tentu tenaga telah diragut untuk negara.
Bekerja sampai overtime, lupa untuk menyediakan keperluan untuk isteri, suami, dan anak-anak, terutama kasih sayang. Akibatnya tenaga untuk keluarga, termasuklah pendidikan anak dan juga hubungan intimasi keluarga amat berkurangan dan lesu.
Kadangkala untuk konsisten membaca el Quran dan melakukan solat sunat juga terbengkalai begitu sahaja. Kitab-kitab yang berguna tidak mampu dibaca dan dihabiskan, malahan hampir tiada akses masa untuk memperolehinya.
Dunia Barat telah mengalami lima puluh tahun lebih awal keadaan pekerjaan yang membebankan akibat kurang akses kepada masa bersama keluarga. Akibatnya keruntuhan moral anak-anak menjadi-jadi.
Gejala sosial tidak sihat sudah menjadi lumrah hidup, gara-gara kurang perhatian dari seorang ibu dan bapa. Mereka telah berusaha memperbaiki sistem ‘rat race’ tersebut. Mereka telah belajar dari kesilapan. Pembahagian jumlah kerja dan bilangan tenaga kerja telah dibahagi lebih adil. Kini mereka kembali menikmati masa bersama keluarga dan akses kepada masa rehat dan aktiviti membaca, bersukan atau seni untuk ‘recharged’ minda, fikiran dan perasaan mereka. Nampaknya sistem kita sudah terbalik dan cuba mengulangi kesilapan mereka.
Jika diperbetulkan hubungan intimasi ini, maka rintangan ini juga mudah diperbaiki dengan penuh bertenaga dan segar.